*** Posted in: Internet | September 2nd, 2008 ***

Google Chrome - mengapa Google melancarkannya.

google chrome

Google sebenarnya sudah beraya dulu dari umat Islam. Cuma bezanya mereka bukannya beraya sambutan Aidil Fitri, mereka sebenarnya tengah bergembira kerana Google Chrome yang baru dilancarkan telah membuatkan dunia internet kembali panas.

Sebenarnya masih ramai lagi yang belum tahu akan Google Chrome ini. Pada saat ia dilancarkan, aku tercari-cari review yang paling bagus tetapi hampa sehinggalah aku baca mengenainya di SearchEngineLand.com. Tetapi dah namanya “benda baru” kan, semuanya tidaklah sehebat yang kita harapkan.

Cubalah engkau korek lagi tentang Google Chrome ini di internet. Pasti engkau akan temui info yang engkau mahu. Mungkin ramai yang masih lagi suka dengan Mozilla Firefox tetapi perlu diingat, Google masih ada banyak lagi “senjata” yang belum dilancarkannya. Yang pasti, dunia internet ini akan dipegangnya dan semua keuntungan akan menuding ke akaunnya sendiri.

chrome.jpg
Browser lain hanya mampu untuk melihat dan terus melihat. Mungkin selama ini Google adalah lubuk duit buat mereka tetapi hakikatnya, ia akan berubah. Jika benar apa yang Google rancangkan, kita lihatlah nanti keuntungan yang akan dijana oleh Google dalam masa beberapa bulan lagi. Hebat kan Google?

Oh ya.. aku ada buat satu entri di blog Post-Buzz aku. Kalau rajin, bolehlah baca.

*** Posted in: Semalam | September 2nd, 2008 ***

Keluarga dan kehidupan.

orang-tua.gif

Seronok untuk mengingat kembali perangai sendiri lebih-lebih lagi ketika di bulan Ramadhan. Saat berpuasalah sebenarnya antara kenangan yan tidak pernah akan kita lupa sepanjang hidup. Bagi aku, berpuasa sebenarnya mengingatkan aku kepada pengorbanan emak dan ayah aku.

Aku dibesarkan di dalam keluarga yang miskin, tetapi bukan fakir. Keluarga aku mempunyai semua keperluan, tetapi tidak kepada keinginan. Mempunyai seorang ayah yang bekerja sebagai seorang “JAGA” ataupun security guard bukanlah suatu kemegahan. Asalkan dapat hidup, itu sudah memadai. Rumah setinggan yang aku diami sekarang ini adalah bukti perubahan hidup yang aku idamkan.

Terus terang aku katakan, berkereta sebenarnya menjadi keinginan ayah aku. Tidak sanggup rasanya dia bermotor dengan anak-anaknya yang berderet itu. Nalurinya sebagai seorang ayah sentiasa memberontak akan hal itu. Bilakah waktunya dia boleh berkereta supaya dapat membawa semua anaknya berjalan-jalan sepertimana keluarga dan kawan-kawannya yang lain. Memang benar kata sesetengah isteri “kelelakian seorang lelaki hanya boleh dilihat dengan nyata setelah dia bergelar suami dan ayah”. Samaada dia berubah menjadi baik atau buruk, itu terpulang.
(more…)

*** Posted in: Bahasa | September 1st, 2008 ***

Signifikan kemerdekaan negara ke-51 dan revolusi bahasa Melayu.

Semalam adalah hari pertama umat Islam berpuasa dan semalam juga kita dapat melihat umat Islam di Malaysia berpuasa dalam keadaan yang sungguh tidak mencabar. Keadaan cuaca semalam (dan hari ini) memang mendung+hujan. Berbeza dengan tahun-tahun yang sudah, cuaca teramatlah panas dan kering. Senang cerita, bagi mereka yang tidak pernah merasai susah, haus, panas, lapar sepertimana yang dirasai oleh orang fakir miskin… bulan Ramadhan’lah masa yang sesuai untuk menikmati pengalaman yang amat mahal dan berharga itu. Di sinilah datangnya fadhilat puasa bagi kita yang berada dalam dunia yang berbeza.

Apa-apapun, pembuka kata di atas hanyalah sebagai satu mukadimah untuk bulan Ramadhan ini. Untuk cerita yang sebenarnya, aku akan ungkap sedikit sebanyak info mengenai signifikan kemerdekaan negara ke-51 dan revolusi bahasa Melayu. Ini adalah cerita yang agak penting bagi diri aku sebagai seorang blogger Malaysia yang mempunyai blog berbahasa Melayu. Mungkin ramai yang terlepas pandang tetapi aku harus melakukan sesuatu mengenainya.

Jadi apakah signifikan kemerdekaan negara ke-51 dan revolusi bahasa Melayu di dalam dunia internet?
Signifikannya ialah orang Melayu sudah banyak berblog dalam bahasa Melayu dan dunia internet sudahpun mengakuinya. Tetapi apa yang di “lepas pandang” adalah taraf (standard) bahasa Melayu yang digunakan oleh orang Melayu sendiri (aku, engkau dan sesiapa sahaja yang mengaku dirinya Melayu). Dunia internet hanya mampu melihatnya sebagai “bahasa rojak” dan istilah ini terhasil dek kerana orang Melayu itu sendiri yang merojakkannya.

Jarang sungguh kita melihat apabila bukan Melayu, berbahasa Melayu, tetapi memasukkan perkataan Inggeris dalam pertuturannya. Melainkan kalau tidak tahu istilah.

Merujuk kepada apa yang di tulis oleh Encik Sebol kita, duni per”blog”kan bahasa Melayu sudah menjadi satu dunia yang tidak tentu halanya. Aku setuju 100% dan aku sedari semua itu. Bahasa yang berkecamuk yang ditulis oleh pemilik blog berbahasa Melayu semakin menampakkan kecelaruan dan kegoyahannya. Istilahnya, bahasa Melayunya telah dihentam keromo bersama bahasa Inggeris. Di manakah martabat bahasa Melayu dan dimanakah nilai sebenar bahasa sendiri?

Jadi bersempena dengan kemerdekaan negara yang ke-51 ini, aku akan membuat “aku janji” untuk blog berbahasa Melayu aku ini. Bermakna mulai hari ini, selagi sesuatu perkataan itu ada terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu, aku akan gunakannya dalam blog ini. Bukan itu sahaja, aku juga akan cuba untuk tidak menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu ayat yang sama, melainkan kalau satu ayat itu berbahasa Inggeris sepenuhnya dan juga untuk kata nama khas. Apa yang pasti, cuma inilah sahaja revolusi yang mesti aku kekalkan setelah 50 tahun negara ini merdeka. Dan angka 1 selepas 50 tahun itu amatlah besar maknanya. Aku melihatnya sebagai batu petanda untuk ber”1″ dalam memartabatkan bahasa Melayu kita.

Lagi satu, aku masih lagi mengekalkan kata ganti nama “aku” selain dari “saya”. Kalau semua orang menggunakan “saya” dalam blog masing-masing, siapa yang akan menggunakan “aku” kan?

Oh ya, bercakap mengenai kata nama khas dalam bahasa Melayu untuk “blogger”, aku mungkin akan menggunakan “Penblog” (Penulis Blog) berbanding “blogawan” sebab aku tidak mahu ada “blogawati” pula selepas ini. Pastinya menyusahkan pula di kemudian hari. Ini adalah kata nama khas bukan?

* Perkataan signifikan, revolusi, dan perkataan Inggeris yang lain dalam entri di atas adalah perkataan Inggeris terakhir yang digunakan dalam blog ini.
** Apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk “entry”?
Kemasukan?
*** Entri ini akan sentiasa dipaparkan pautannya di muka utama blog ini. Bahasa Jiwa Bangsa!

*** Posted in: Aku, Orang, Umum | August 29th, 2008 ***

Kronologi kehidupan di hujung minggu.

hujung_minggu.gif

Nak ke mana kita hari ini sayang?
Apa planning untuk tengah hari nie?
Awak rasa kat sana ada sales tak?
Movie apa yang best untuk kita tengok hari ni?
Mandi air terjun kat Kota Tinggi pun okay jugak-kan?
Alaaa…. kita lepak-lepak, makan-makan… pastu kita main bowling lagi best aper…

Hah…hah…hah…. bullshit-lah itu semua :)
Ayat-ayat di atas itu semua adalah satu kata-kata yang sungguh menjeleskan aku. Bukan disebabkan kerja aku (kita) yang menuntut komitmen pada satu-satu masa yang kita tak boleh jangkakan, tetapi ini disebabkan diri aku sendiri yang masih belum punya pacar.

Jadi bila difikirkan pro dan kontra kehidupan serta kewangan di hujung minggu yang indah ini, aku rasa ada baiknya jika aku berkongsi sedikit kronologi yang berlaku di hujung minggu. Maksud aku bagi orang yang tidak mempunyai pacar, ada 5 kemungkinan kehidupan dan kewangan di hujung minggunya terjejas begitu sahaja. Begitu juga sebaliknya.
(more…)

*** Posted in: Berita, Fotoshoot | August 28th, 2008 ***

Proton MSX - SUV pertama Malaysia.

Mungkinkah prototype ini bakal menjadi pilihan terakhir Proton sebagai SUV Malaysia yang pertama?
Walaupun ramai yang mengatakan ianya bakal menjadi SUV Malaysia yang pertama, tetapi itu hanyalah setakat rumors sahaja. Bagi aku, tiada masalah kerana rekabentuk Proton MSX ini berbaloi untuk diketengahkan.

Proton MSX - SUV Malaysia ini adalah satu hadiah untuk rakyat Malaysia. Idea rekabentuk seperti inilah yang rakyat Malaysia mahukan setelah sekian lama. Kalau ada sesaper yang nak jelaskan lebih lanjut lagi mengenai perkara ni, silalah “story the mory” pendapat masing-masing di ruangan komen yea.
Gambar: Thanks Azri (gambar diambil semasa Proton Technology Week)

Apa pendapat anda mengenai Proton MSX ini?

1) Cantik ker?
2) Mengarut?
3) Terlalu over?
4) Cool!
5) Menepati citarasa?

proton_msx_suv.gif

3 lagi gambar selepas ini. Teruskan klik anda.
(more…)

Newer Posts »